Kisah ini diceritakan
oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital.
Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan
Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu
tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan
hening.
Hanya saya dan seorang
penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan
hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal
20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi
sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh,
namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya
terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti
membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah
semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna.
Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi
hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung
memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala
saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa
wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung
tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu
lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di
bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak
lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.
Ustaz," kata
wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu
mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita
berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada
sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah
tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya
"Betulkah ini
mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya
putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya
jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya
tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan
membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya
kepadanya.
"Mak cik,
ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik
bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya
menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan
menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak
mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya
untuk menggertaknya.
Bila saya berkata
demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia
berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika
dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun
dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang
baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia
untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah
dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi
kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik
angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.
Jawapannya itu
memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang
tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah
yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah
diaibkan dengan warna yang hitam.
Selepas menceritakan
perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan
pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan,
mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu,
saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu
bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz
Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu
tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon
yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara
Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.
Selepas memperkenalkan
diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke
hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan
keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat
dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua
mana pula?" katanya.
Saya ceritakan tentang
wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya."Kalau
wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya
dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak
dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?
Walau siapa pun wanita
itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah
turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga
menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah
terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan
saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu
meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di
neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu
hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?
Ingatlah..azab
meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya
dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar
dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat, InsyaAllah..
--- Jika terjadi
kesalahan dan kekurangan disana-sini dalam catatan ini ... Itu hanyalah dari
kami ... dan kepada Allah SWT., kami mohon ampunan ... ----
0 komentar:
Posting Komentar